Rabu, 15 Mac 2017
Panduan Bagaimana Menulis Karangan Berita - Isi Kandungan
Isi Berita
Apabila merancang untuk membina cerita berita, penulis perlu mampu menyampaikan jawapan kepada enam soalan ini:
SIAPA? APA? DI MANA? BILA? MENGAPA? BAGAIMANA?
Siapakah orang utama di dalam berita ini?
Apakah yang telah berlaku kepadanya?
Di manakah peristiwa itu berlaku?
Bilakah peristiwa itu berlaku?
Siapa lagi yang terlibat?
Mengapa peristiwa itu berlaku?
Bagaimana boleh terjadinya peristiwa itu?
Setiap perenggan yang dibina mestilah pendek dan padu. Maknanya, penulis perlu membuat ayat yang ringkas-ringkas. Ayat-ayat di dalam perenggan itu pula hanya berkisar kepada isi penting yang hendak disampaikan di dalam perenggan itu sahaja. Tidak kisah sebenarnya berapa perenggan pun yang akan ditulis asalkan perkara yang hendak diberitahu itu relevan kepada topik utama.
Orang yang membaca isi berita biasanya mempunyai banyak masa untuk mendalami cerita. Mereka ingin tahu dan jika disampaikan maklumat dengan kemas dan tersusun, mereka akan berasa puas hati walaupun mengambil masa sedikit untuk mengetahui keseluruhan cerita. Oleh itu, sebagai penulis berita, hendaklah kita memberi maklumat dengan jelas dan tepat serta merujuk kepada apa yang diperkata oleh orang.
Apa yang diperkata oleh orang itu boleh ditulis dalam bentuk cakap ajuk atau cakap pindah. Sekiranya menggunakan cakap ajuk, letakkan tanda pembuka dan penutup kata ".......". Jika menggunakan cakap pindah, tidak perlu tanda "......." tetapi hendaklah disampaikan isi penting penyampaian itu walaupun dengan ayat kita sendiri (tidak menggunakan sepenuhnya ayat penyampai).
Bagaimana Menulis Karangan Laporan Berita - Pendahuluan

Contoh:
NEW YORK, 7 Januari - Mustafa Sadri telah membanggakan negara dengan memenangi pingat emas pertama untuk Malaysia dalam kejohanan Siri Maraton Dunia di sini pagi tadi.
Isi Berita
Pelumba lari jarak jauh berusia 25 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak ini berjaya menewaskan jaguh-jaguh hebat yang lain seperti pemenang pingat emas Olimpik, Bo Mbasa dari Kenya dan penyandang juara maraton ini tahun lepas, Justin Hewman dari Amerika Syarikat. Mustafa mencatat kemenangan dengan masa 2 jam 4 minit 12 saat menewaskan lawan terdekatnya Bo Mbasa sejauh 22 saat di belakang. Siri pertama Maraton Dunia 2017 ini berlangsung dalam cuaca dingin 18 darjah Celcius mengelilingi bandar New York dengan penyertaan kira-kira 20,000 orang dalam pelbagai kategori.
Kemenangan sulung pelari jarak jauh profesional ini begitu bermakna buat beliau setelah mengharungi lima musim Siri Dunia berturut-turut sejak tahun 2013 lagi. Pencapaian tertinggi beliau sebelum ini hanyalah tempat ke-5 dalam Siri Dunia yang berlangsung di Hamburg, Jerman pada Julai 2016. Ketika ditemuramah sejurus selepas melepasi garisan penamat, beliau sempat mengucapkan terima kasih atas sokongan dan galakan daripada keluarganya serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang sentiasa bersedia memberi bantuan kepadanya ketika menghadapi saat-saat sukar sebagai seorang atlit.
Mustafa turut berkata, "Kemenangan ini adalah untuk ayah, ibu dan isterinya yang tidak jemu-jemu memberinya semangat dan masa untuk terus berlatih. Saya juga amat berterima kasih kepada jurulatih saya, Eddie Smith dan pihak MSN yang membimbing serta memberi sokongan kewangan untuk saya terus berusaha sehingga sampai ke sini hari ini."
Sejak mula larian apabila semua peserta dilepaskan jam 7.30 pagi tadi, Mustafa telah menunjukkan kesungguhannya dengan mengejar kelompok hadapan walaupun ketika itu beliau berada di kelompok keempat. Larian sejauh 26 batu ini (kira-kira 41km) benar-benar mencabar buat peserta-peserta dari negara panas tetapi Mustafa berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil seandainya ada kemahuan yang kuat. Beliau mulai mengikut kelompok hadapan kira-kira 10 km terakhir dan berjaya mendahului semua peserta dalam 3 km terakhir walaupun disaingi rapat oleh Mbasa dan Hewman. Pada kilometer terakhir, beliau menggandakan usaha dengan memecut lebih pantas lalu meninggalkan Mbasa dan Hewman kira-kira 100m di hadapan. Kemenangan bergaya Mustafa itu disambut meriah oleh sekumpulan penyokong Malaysia yang berada di garisan penamat dengan sorakan dan kibaran bendera negara.
Pingat emas dan hadiah johan sebanyak USD 20,000 disampaikan oleh Datuk Bandar New York, Ellen Gambino. Pingat perak jatuh kepada Mbasa dan gangsa kepada Hewman.
Penutup
Datuk Noriman Jaafar, duta Malaysia di New York, penaung kepada Mustafa ketika di sana yang sempat ditemuramah berkata, "Hari ini seorang lagi anak Malaysia telah mengharumkan nama negara. Mustafa membuktikan usaha yang gigih dan semangat yang tidak mudah patah walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya akhirnya akan berhasil jua. Semoga selepas ini lebih ramai atlit negara mencipta nama di persada antarabangsa."

(442 patah perkataan)
Bagaimana Menulis Karangan Laporan Berita - Pendahuluan
Bagaimana Menulis Karangan Laporan Berita - Penutup
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan