Featured Video


Wira Cahaya(belum siap)








Tidak akan jadi suatu cerita jikalau tiada peperangan. Begitulah cara bagaimana melengkapkan kisah kehidupan. Enggan ada tetapi sudah tiba. Tenaga yang gelap menyelubungi angkasa raya. Gelap bukan kerana tiada cahaya. Akan tetapi dipanggil gelap kerana hanya iota sahaja banyaknya pengetahuan insan berkenaan tajuk cahaya.
Manusia moden mempelajari ilmu berkenaan cahaya daripada orang-orang Yunani. 

Kini setelah beratus-ratus instrumen dicipta, manusia mula memahami isi angkasa, sedikit demi  sedikit. Kini setelah beratus-ratus instrumen dicipta, buku Aristotle, seorang guru yang terkenal dari bangsa Yunani, tidak diperlukan lagi kerana sekarang sudah dikira bahawa hampir dua pertiga dari isi angkasa ialah Tenaga Gelap.
Gambar 1: Seekor ctenophores yang membelaukan cahaya apabila diganggu oleh jurugambar


Pengkaji-pengkaji angkasa Eropah dan Amerika Syarikat (USA) mengambil masa yang sangat lama untuk membuat pengiraan ini.  Akhirnya dengan izin Allah mereka mendapat suatu alat yang bernama superkomputer. Lebih tujuh tahun superkomputer  itu mengira, sudahnya carta pai di bawah dapat dikeluarkan.


Carta Pai: Isi angkasa terdiri daripada 1) Tenaga Hitam – 72%, Jirim Gelap - 23%, Atom-atom – 4.6%



Gambar 2: Alat Angkasa WMAP





Data-data untuk superkomputer ini mengira diperolehi daripada satu lagi alat sains dan teknologi yang sangat canggih bernama Wilkinson Microwave Anostropy Probe (WMAP). WMAP adalah sebuah alat angkasa seperti satelit. Alat yang seberat 840 kilo ini sebenarnya gabungan 12 
instrumen yang dipegang oleh satu rangka. 







Gambar 2: Kedudukan Orbit Lissajous berdekatan dengan bumi
Ketika ini, WMAP sedang mengorbit bumi pada orbit Lissajous yang berada pada kejauhan 1,500,000km (1.5 million kilometer) dari permukaan bumi sejak dilancarkan ke sana pada 30 haribulan Jun 2001.



Beginilah jauhnya.



Sangat jauh sekali. WMAP ini dicipta untuk mengumpulkan data. Ketiga-tiga belas instrumen alat angkasa ini mengambil peranan masing-masing untuk menjalankan misi utama.


               
Dalam gelap ctenophores bercahaya pastilah indah pada mata manusia. Bagaimana pula perasaanmu dengan ikan ini? 





Followers